Daerah Tangkak
Daerah Tangkak

Daerah Tangkak

Daerah Tangkak adalah sebuah daerah yang baru diwujudkan di negeri Johor, Malaysia. Ibu daerah Tangkak ialah Bandar Tangkak. Sebelum ini Daerah Tangkak dikenali sebagai kawasan Muar Utara. Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh Sungai Muar.[3]. Daerah Tangkak merangkumi bandar Tangkak, Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom, Sagil, Bukit Gambir, Kundang dan Kesang.Daerah Tangkak merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah di negeri Johor secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 9 Jun 2008 bersamaan 5 Jamadilakhir 1429H dirasmikan oleh Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail secara gilang-gemilang dan mempunyai keluasan 239,751 ekar atau 97,024 hektar.[4] Mengikut bancian (2010)[5] penduduknya berjumlah seramai 136,852 orang. Kedudukannya agak strategik di mana ia terletak di negeri Johor bersempadan dengan negeri Melaka, dan Negeri Sembilan. Daerah Tangkak mempunyai 6 Mukim iaitu Tangkak, Serom, Gersik, Bukit Serampang, Kundang dan Kesang. Lokasi Pejabat Tanah Ledang terletak di Jalan Dataran 1, 84900 Tangkak, Johor.Pada asalnya, nama daerah ini ialah daerah Ledang. Nama tersebut telah diambil bersempena dengan nama sebuah gunung iaitu Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor. Kemudian, pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah memberi perkenan nama "Tangkak" bagi menggantikan nama daerah Ledang[6].

Daerah Tangkak

Daerah Tangkak
• Ahli Dewan Negeri Gambir Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Tangkak
Negeri Johor Darul Ta'zim
Pengisytiharan Sebagai Daerah Baru di Johor 9 Jun 2008
• Ahli Parlimen Ledang Tuan Syed Ibrahim Syed Noh
Negara Malaysia
• Ahli Dewan Negeri Serom Dr. Faizul Amri Adnan
• Ahli Dewan Negeri Tangkak Tuan Ee Chin Li
• Pegawai Daerah Tuan Hj Ab. Han bin Ramin [1]
• Jumlah 136,852
Pusat Pentadbiran Bandar Tangkak
Puncak Tertinggi Gunung Ledang